Friday, May 25, 2012

My Girls


The most precious gift in my life :)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 17, 2012

Aisya Amani 1Y 9M 25D - Mr. BearBear


Ni namanya Mr. BearBear.

Mr. BearBear ini sebenarnya saya yang punya. Dah 10 tahun tau usia bear ni. Tapi rupanya memang masih elok sangat. Saya beli dekat Jusco Tmn U. Lama sangat dah. Tahun 2002. 1st year kat UTM. Haha tak ada orang nak hadiahkan teddy bear, maka kita beli sendiri jelah. Masa tu keluar ke Jusco dengan Farah Shahida. Dia beli satu, saya beli satu. Bear yang sama, sebijik. Agak-agak Farah Shahida masih ada lagi ke tak bear ni ye?

Dulu masa mula-mula saya bagi Amani bear ni, dia tidak mahu. Dia sangat tak suka. Dekatkan aje bear ni dengan dia, dia akan jauhkan badan dia. Dekat pon tak nak. Geli agaknya.

Tapi sejak-sejak ada adik sekarang, Mr. BearBear ni lah best friend dia. Ke mana-mana usung bear. Bangun pagi carik bear, nak tidur pun carik bear. Nak minum susu, bear tu kena baring sebelah dia. Nak keluar pegi jalan-jalan pun, nak bawak bear.

Macam petang tadi, kami nak ke kebun. Dah dekat pintu nak keluar dari rumah, tiba-tiba dia berlari masuk ke dalam bilik. Ingatkan kenapa. Rupa-rupanya nak ambik bear. Then bila dah sampai kebun, nak turun tu saya suruh dia tinggalkan bear dalam kereta, pun dia tak nak. Nak jugak bawak. Alahai kakak kakakk..

Tetap setia dengan bearnya.


Pakai tudung. Baju tak nak pakai. Tapi bear tetap tak tinggal.

Kadang-kadang saya perhatikan, dia layan bear tu macam saya layan Amanda. Pernah satu masa, ketika kami berdua tengah makan, tiba-tiba Amanda menangis. Saya pon bangun angkat Amanda, then sambung makan sambil pangku Amanda. Tengok saja apa yang saya buat, dia pun kelam kabut bangun carik bear. Lepas tu, datang balik sambung makan sambil pangku bear. Dan lepas hari tu pun, tiap kali makan, dia akan pangku bear atas riba dia.

Sama jugak bila saya breastfeed Amanda, dia akan duduk sebelah saya sambil buat gaya breastfeed bear.


Makan dengan bear.


Pakaikan bear pampers.

Macam-macam lagi lah benda yang dia tiru. Memang kelakar bila tengok aksi dia. Tergelak-gelak saya. Tapi kadang-kadang rasa kesian pulak. Rasa macam dia rasa tersisih sejak mama dah ada baby. Rasa macam dia rasa saya tak layan dia, jadi dia pandai-pandai bawak diri main sendiri. Oh sedihnya bila terfikir macam tu T__________T

Amani sayang, mama tetap sayang kamu tau. Tak pernah berkurang pun. Tak kira lah berapa ramai adik-adik kamu lepas ni, sayang mama pada kamu tetap sama. Mama sayang semua anak-anak mama. Ingat tu tau..
Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 7, 2012

Story story sket




Lama betul tidak update blog. Tidak pernah terfikir, sibuk sungguh rupanya jadi ibu beranak dua ini. 24 jam sehari rasa macam masih tidak cukup. Sentiasa terkejar-kejar. Penat. Tetapi alhamdulillah hati sangat gembira.

Lama tidak tayang gambar budak berdua itu kan? Ini gambar petang bila entah. Si kakak tertidur kepenatan. Sampaikan adik duduk atas dia pon boleh tidak sedar. Memang tidur bersungguh-sungguh betul ni.




Perasan artis lah tu kiri kanan orang ambil gambar :p




Seronok bukan main muka Amanda. Lagi lagi sebab dapat buli kakak macam itu. Bila lagi nak dapat can macam ni kan :D







Papa with dua anak dara ;)




Sekejap je rasa, tengok tengok dah besar pon Amanda. Today Amanda sudah pun 4 bulan 4 hari. Amani pula sudah 1 tahun 9 bulan. Sekelip mata je rasa anak anak membesar. Nanti sedar sedar anak dah masuk sekolah kot.

Ishh kalau boleh tak nak anak membesar cepat cepat sangat. Boleh?
Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 29, 2012

Arkib negara

Eheh bukan nak cerita pasal jabatan arkib negara tuu

Sebenarnya nk tempek gamba2 lama budak berdua ni hahh. Dok belek2 gambar yg baru transfer dr hp papa, gatal pulak rasa nak upload ke blog :)

Ni gambar masa otw dr KT nk ke gemas. Brenti rest kt petronas al muktafil billah shah.



Bukan main si kakak posing kat luar. Background masjid AMBS getuu


Tangan masuk poket tuuu. Haha tak tahannn

Mama ng amanda? Kami lepak dlm kete jek



Ini budak bulat sambung tido lps dah isi full tank. Bagus, leh mama join tido sama :)

Ni pulak gamba dua beradik ni bergolek2.


Bukan senang nak lepakkan amanda kt bawah. Maklumlah akaknya pon kecik lagi. Tau excited nak sayang baby jek. Bukan dia kira pon keadaan tu camne. Hempap baby pon hempapla, janji leh kiss. Huhu so dalam cot jela tempat yg boleh dipercayai utk letak si amanda


Kiss kiss muah mmuahh


Lepas kiss usha dari jarak jauh skett


Pastuuu...





Cubaan nak cabut stokin baby



Muka terkantoi bila dengar suara singa mama haha



Amandaa.. Shhh diamm diamm jgn nanges. Haha amanda dah fedup sampai kuar2 lidah



Ngeee saya sayang adik saya banyak banyakkk :)


Eheh ok la cam biase penutup brek emergency. Siren dah bunyik. Daaaa
Published with Blogger-droid v2.0.4

Berkebun

Ni lah aktiviti kakak amani time ptg weekend. Ikut papa ke kebunn hehe. Tinggal la mama ng baby amanda kat umah. Baguss, leh mama rest kejap. Kadang2 join amanda tido skali. Ngeh2 tak senonoh petang2 pon sempat tido


Takpelahh, malam2 mama berjaga plak. Kira orait la tu kan. Tapi skarang alhamdulillah malam2 amanda dah tak bangun sekerap dulu. Lebih kurang 3-4 jam skali. Kengkadang lajak sampai 5 jam. Eh ke mama yg tido mati tak dengar baby nangis?? Haha tak kottt. Kalau papanya mungkin la ;p


Eh tajuk ngan gambar lain, cerita lain pulak. Nampak sangat lari tajuk. Klu buat esei spm konfem fail. Hehe ok la sebelum merepek ke lain plak, elok la stop dulu. Amanda pon dah hint2 tu. Kejap lagi 'menyanyi' ler tuhhh. Hehe ok daaaaa


Published with Blogger-droid v2.0.4