Monday, November 16, 2015

Sape nak hadiah RM1500???

Hello!

Good news untuk semua pengguna dan bakal pengguna Ellfie Essence/Ellfie Gold Serum. 

HQ Ellfie Beauty ada buat contest dari 16-30 Nov 2015. Hadiah yg sangat2 wow! RM1500 cash uolss. Jom la ramai2 join contest ni ok?



Syarat peraduan:

1. Memegang produk Ellfie Beauty.

2. Nyatakan perubahan kepada kulit wajah anda selepas menggunakan Ellfie.

3. Video anda mestilah kreatif untuk dipilih sebagai pemenang.

4. Share video kreatif anda di instagram atau facebook dengan hashtag #iloveellfie 

5. Terbuka kepada semua pengguna produk Ellfie Beauty (Ellfie Essence atau Ellfie Gold Serum atau kedua-duanya sekali)

6. Pihak Ellfie berhak untuk menggunakan video-video penyertaan tersebut di rangkaian media sosial kami.

7. Setiap penyertaan akan mendapat hadiah Saguhati dari pihak Ellfie.

8. Hanya seorang pemenang akan dipilih untuk memenangi wang tunai RM1,500.

Peraduan berlangsung dari 16 November - 30 November 2015.

Upload video kat IG or FB dan JANGAN LUPA HASHTAG #iloveellfie okay!

Good luck! :)



Tuesday, October 20, 2015

Sushi lagi ;)

Ni cerita last weekend. Sabtu kot. Keluar gi Aeon Big nak beli barang sikit2. Bila tanya budak2 nak makan apa, Amani dah beriya nak sushi. Amanda ikut aje. Apa Kakak Amani nak, dia pon nak. So jom sushi jela..

Aeon Big Wangsa Maju ni baru renovate. So Sushi King ni pon rupa parasnya agak baru la. Masih muda remaja gitu. Ok la macam lebih selesa dari Sushi King Aeon AU2. Satu je yang tak best. Air panas dah tak dapat dalam thermos jug ke flask panggil tu. Tapi kena tadah kat tap air panas yang dia letak kat tepi setiap meja. Cam tak best hehe.. Padahal sama je air panas je pon kannn :p

Gambar makanan takde. Sebab dah lapar ngap jela laju2. Ada la gambar snap muka sorang2 masa baru duduk. Selfie2 sikit, pastu simpan henpon, dahh jom makannn!!


Aisya Amanda. Asal nak snap gamba je tangan taruk kat pipi. Bila suruh turunkan tangan, dia cakap "letak tangan sini la cantikkk" hoh macam2 tau!


Tangan di pipi lagi !


Dan lagi!! Hahaha grrrr sabar jelah..


Aisya Amani dan Aisya Amalia. Si kecik tu 10 minit jela mampu bertahan duk diam kat kerusi. Lepas tu mula la nak memanjat keluar  >____<



Muka Mama saja je buat2 terpotong gitu. Bukan tangan tak cukup panjang tapi nak cover muka yg lebar cam pinggan. Tapi tetap nampak lebar gak kahhhh T.T

Dah tu aje. Gambar sushi takde. Nak gambar sushi ataupon resepi nak buat suahi boleh google ye. Heheh

Time nak bayar cashier offer utk buat member card. Ada member card boleh dapat diskaun 10% anytime and kalau on 20th of the month boleh dapat 20%. Memandangkan kami selalu makan sushi, ok la kita register jela membership. Bayar RM20 utk card tapi dapat balik voucher RM20. So kira cam register free jela :)

Lepas dah kenyang baru masuk Aeon Big beli barang sikit2. Barang makan je pon. Pastu masuk Mr.DIY jap tapi tak jumpa barang yang nak. Mr.DIY Aeon AU2 tetap terbaik hehe. Pastu balik jela nak jalan2 pon dah dah tak larat. Lagipun ada nak COD Ellfie kat Sri Rampai lepas tu. Dah 3 kali customer ni repeat order. Alhamdulillah Ellfie sesuai dengan dia. Tengok kulit dia pon dah improve banyak dari 1st time jumpa dulu. Happy!! 

Ok tu jela cerita Sabtu. Weekend jela boleh bawak bebudak keluar jenjalan. Tu pon boleh jalan2 indoor jela. Nak keluar outdoor musim2 jerebu ni memang sebolehnya nak elak. Jerebu teruk sangat tahap asap kuning dah :( Amani pon asyik dapat cuti jela dah 3 hari berturut2 dah ni. Campur weekend haritu dah 5 hari straight tak sekolah. Hopefully cepatlah keadaan okay balik walaupon dalam paper cakap jerebu sampai Mac depan?? Apekahh??? Harapnya tak seteruk tu. 

Eh okla cam tersasar jauh plak cerita hahaha. Standard la tu :p Till then. Daaa ~


Thursday, September 17, 2015

Jadi plumber pon boleh!

Tengok entry sebelum ni, apehal ntah tulisan besar2 gabak lak. Senget tul hahah

Semalam 16 sept cuti Hari Malaysia. Takde pegi mane pon. Petang baru keluar Encik Sepul ajak gi Mr.DIY. Mane lagi ke Aeon AU2 la. Dah pernah masuk Mr.DIY kat Aeon Big Wangsa Maju tapi tak se best yg kat Aeon AU2 tu. Kecik sikit nak cari barang pon susah. 

Pergi DiY nak cari barang2 untuk tukar kepala paip kat sinki dapur ngan yg washing machine punya. Tak rosak pon. Saje Encik Sepul nak tukar supaya senang budak2 nak bukak paip kat dapur tu. pusing2 cam susah sket kan. Pakai tolak2 camni senang sket la dorang nak basuh tangan :)

Asalnya gini..


Menjadi gini
.
.
.
.



Maafkan gambar before tu. Sebelum cabut tak ambik gambar hehe. Woww seronok paip baru boleh naik turun kiri kanan depan blakang kahkah jakun

Yang washing machine punye pulak tukar kepada yg ada 2 tap camni


Senang la sikit kalau nak pakai paip nak basuh balkoni belakang tu. sambung je getah paip. Yg washing machine takyah usik. Sebelum ni duk cabut pasang yg washing machine punya paip tu :D

Eh eh eh banyaknya word paip paip paip dari tadi haha

Semangat Encik Sepul balik2 je DIY terus pasang. Bagus2. Next project apa pulak yee??

Budak2 punya upah plak, dapat playdoh set lagi. Amboi2 kalau ngan Papa dapat je ye. Papa ni ngan anak2 memang cepat cair sket..

Yg kecik sket tu yg lama. Pastu yg besar sket tu yg malam tadi. 


Siap pasang paip join anak2 main playdoh pulakk


Tepi freezer tu je dibenarkan main playdoh. Takleh main merata nanti melekat2 kat lantai baby plak kutip makan. 


Gituu semangat anak beranak main sesama



Sape yg lagi semangat ni hehe

Minggu depan cuti sekolah seminggu. Raya haji tu buat Akikah untuk Yaya tapi Encik Sepul tak dapat cuti pulak. So balik Tganu ngan Pok Shor budak2 ni. Tak bestnya Encik Sepul takdeee. Sob sob.. tapi taknak balik pon takleh gak sebab dah lama tak jenguk bonda. Nak tunggu Encik Sepul dapat cuti panjang memang bagai menunggu kucing bertanduk la jawabnya. Sobs...

Eh okay dah petang mau minum petang la kononnya. Sejuk2 ujan ni lapar manjang.

Daaa ~

Sushi jom!


**Entry agak basi sebab aritu dah taip nak siap dah pon. Tapi tetiba entry hilang! Huwaaa benci betul tau. Tapi takpela dengan gigih i taip balik  **

Korang suka makan sushi? Kami anak beranak memang suka sangat! Budak2 ni kalau bab makan selalu ada mood2 gak. Kadang2 suka. Kadang2 takmau langsung. Tapi kalau ngan sushi memang tak pernah lagi la tetiba taknak makan. Memang suka sentiasa la..

Mak ngan bapaknya ok aje. Lagi2 mak nye. Bab makan, apa aje la yang dia tak suka :p 

Pergi makan tempat biasa la. Balik2 aeon au2. Dah jadi tempat faveret gitu hehe

Keluar memang dah lepas Isyak. Memang nak makan sushi je pon. Boleh pulak Sushi King penuh malam tu. Ada satu je table kosong tu pon tak dapat yg kat tepi sushi pusing berjalan2 tu. Hape nama dia panggil tah. Sushi train ke conveyor belt hahahah ape2 la. So takpela masuk jugak la sebab dah cakap ngan budak2 nak makan sushi

Kitorang tak reti makan yg set makan macam2 tu. Selalu memang reti capai sushi yg lalu lalang tu aje. So order yg biasa2 makan jugak la


Ni peminat sushi no 1. Duk bising bila Mama nak buat sushi lagi (pernah la Mama buat 2 kali je kot pastu malas haha)




Makan nak pakai chopstick aje. Terer la jugak pegang. Jangan bagi Mama ye kang bertabur semua ke bawah meja. Baik Mama ngap pakai tangan aje :D


Yang ni pon sebok Kakak nak pakai chopstick dia pun nak jugak! Tapi siap Papa tukang tadahkan sebab berterabur haha


Hmmm.. Camni ke pegangnya ye?



Nampak Papa cam ke belakang sikit? Sebabnya tangan dia sebok sana sini. Siap nak tercucuk mata Papa hahaha suka hati dia je tau!

Yang si Yaya pulak stress je muka tengok orang makan. Menggelupur nak capai gak. Sian ye tunggu besar sikit ye boleh join makan sushi sekali


Nak sama lebar dah muka Mama ngan Yaya  >___<

Lepas makan balik terus. Nak jalan2 jusco nak tutup dah pon. Perut dah kenyang balik tido la ape lagi hihi

Before abiskan entry meh la layan gamba 2 orang kakak ni


Beriya taknak bagi Kakak join selpie


Best friend + teman bercekau. Nanti tambah lagi sorang join korum. 


Hehe walaupon selalu buat Mama jadik tarzan, tapi of course mereka ni la yg menceriakan hidup Mama dan Papa :)


** bila tengok bill, rasanye lepas ni kena rajinkan diri balik buat sushi kat rumah. Tapi kena belajar lagi la sebab yg dah pernah buat dulu tu macam tak sesedap makan kat kedai je hehe

Daaa ~


Friday, August 28, 2015

Baby selsema tapi takmau bagi makan ubat?

Assalamualaikum..

Ramai mak2 yang sama macam ni kan? Seboleh-bolehnya taknak bagi baby makan ubat. Lagi2 ubat batuk dan selsema. Kalau bawah setahun tu rasa berat sangat nak bagi

So kesahnya si Yaya ni batuk selsema since isnin lagi kot? Kesian sangat hidung tersumbat. Meleleh aje. Pastu batuk bunyi kahak. Sampai muntah2. Nak keluarkan tak pandai. Pastu start pulak badan panas2 sikit. Aishh dah join kakak2 pulak. Amani memang demam dari weekend aritu. Amanda pon kejap panas kejap okay. Tapi malam je mesti batuk sampai muntah. Semua duk pakat nak demam serentak nampaknya..

Saya ni sebenarnya takde experience sangat bab2 anak demam ni. Walaupun anak dah 3. Part tu memang alhamdulillah syukur sangat. Memang jarang sangat2 budak ni tak sihat. Setahun tu ada la demam sekali kot? Tu pon tak bawak gi klinik. Lap2 badan, esoknya suhu dah turun..

So bila tiga2 meragam tak sihat, mak jadi blur dan bengong pulak tiba2. Haha serius mcm tak boleh fikir nak usaha apa alternatively. Ubat tak bagi, ubat natural pon tak buat. Tiba2 pagi ni baru cam tersedar grrrrr

So apa yang saya cuba usahakan setakat ni..

1. Makan vitamin C bebanyak



Sendiri selsema pandai pulak kann cari vitamin C makan byk2. Bila baby selsema lupa plak. Ketuk pale mak nye skali. Padahal vit c melambak ada kat dapur. Ehhhh mak nye yg makan tau. Jangan baby pulak! Haha kang ada yg ingat saya bagi Vit C Shaklee yg besar gedabak tu kat baby pulakkk. Mak la makan. Then breastfeed baby :)

2. Sapu kunyit kat batang hidung




Dulu2 pernah je buat kat Amani ngan Amanda. Alhamdulillah kejap je kering hidungnya. Paling senang kot nak buat ni. Ambik kunyit, tenyeh kat lesung. Airnya tu sapu kat batang hidung baby. Nampak dah kering, sapu lagi. Hidung anak kuning je pun takpela. Comel ape haha

3. Minyak bawang putih



Bakar bawang putih dengan kulitnya sekali. Lenyek2 dlm minyak masak. Sapu kat dada ngan belakang anak. Tadi buat untuk Yaya, sapu dekat Amanda sekali. Dia pon batuk jugak tapi tak selsema. Harapnya kurang sikit la batuknya. 

So setakat ni, 3 cara tu dulu saya cuba. Lepas ni nak try lain2 pulak. Mcm pakaikan stokin letak bawang tu, kena buat malam. Kalau buat sekarang memang tercabut abis la stokin tu dia tarik. Kalau tak okay gak, nanti nak buat steaming n tepuk percussion pulak. Yang tu agak seram nak buat. Tapi tengok orang buat, keluar semua hingus ngan kahak baby. Memang bagus sangat!

Ok nanti saya update balik jadi ke tidak cara2 yg dah buat tadi. InsyaAllah kalau sempat update hehe


Budak yang dah tertidur masa Mama sapu minyak bawang putih. Best kott??