Tuesday, October 16, 2012

"kak pak we"

Tadi time nak tidurkan amanda, amani datang tepuk2 peha aku.

Amani : ma, kak pak we..
Mama : hahhh??
Amani : kak pak weeeee (beriya2 tunjuk2)

Uhhh tak paham. So aku tengok la pa yg dia dok tunjuk2 tu. Rupa rupanyaaa...








Ohhhhhhh... KAKAK LIPAT TOWELLLL!!!!


Haha makin macam2 dia nak cakap skang tau. Kadang2 langsung tak paham and takleh nk tangkap dia nak cakap apa. Kena soh dia tunjuk or buat gaya gaya sikit. Eheh tah pape la mamanye ni kan..

Eh tapi kagum lak aku tengok dia lipat towel tu. Tu yang terus snap tu. Aku bukak tengok lipatan kat dalam pon sekemas kemasnya ok. Simetri. Bukan main gulung gulung bergumpal je kat dalam tu. Cantik sangat2 untuk budak yg baru umur 2 taun. Aku time darjah 2 pon belum tentu lipat secantik tu. Haha

Aku rasa ni confirm ikut tangan papa dia ni. Jenis kemas. Ada seni. Tulisan pon cantik kemas. Tulisan aku?? Ya ampunn.. Pitammm!!! Hahahahhahha.. Tapi serius tauuu.. Encik sepol ni kalau lipat baju memang jauhhh lagi cantik dari aku lipat. Huahua malu jek. So harap2 anak2 biarla ikut dia tang tu. Senangg.. Dah besar sikit budak berdua ni nanti, soh dorang je lipat baju. Boleh gitu?? Haha


Muka penat selepas melipat SEHELAI towel. Ngengengeh
Published with Blogger-droid v2.0.9

2 comments:

Terima kasih atas komen anda :)