Friday, August 28, 2015

Baby selsema tapi takmau bagi makan ubat?

Assalamualaikum..

Ramai mak2 yang sama macam ni kan? Seboleh-bolehnya taknak bagi baby makan ubat. Lagi2 ubat batuk dan selsema. Kalau bawah setahun tu rasa berat sangat nak bagi

So kesahnya si Yaya ni batuk selsema since isnin lagi kot? Kesian sangat hidung tersumbat. Meleleh aje. Pastu batuk bunyi kahak. Sampai muntah2. Nak keluarkan tak pandai. Pastu start pulak badan panas2 sikit. Aishh dah join kakak2 pulak. Amani memang demam dari weekend aritu. Amanda pon kejap panas kejap okay. Tapi malam je mesti batuk sampai muntah. Semua duk pakat nak demam serentak nampaknya..

Saya ni sebenarnya takde experience sangat bab2 anak demam ni. Walaupun anak dah 3. Part tu memang alhamdulillah syukur sangat. Memang jarang sangat2 budak ni tak sihat. Setahun tu ada la demam sekali kot? Tu pon tak bawak gi klinik. Lap2 badan, esoknya suhu dah turun..

So bila tiga2 meragam tak sihat, mak jadi blur dan bengong pulak tiba2. Haha serius mcm tak boleh fikir nak usaha apa alternatively. Ubat tak bagi, ubat natural pon tak buat. Tiba2 pagi ni baru cam tersedar grrrrr

So apa yang saya cuba usahakan setakat ni..

1. Makan vitamin C bebanyak



Sendiri selsema pandai pulak kann cari vitamin C makan byk2. Bila baby selsema lupa plak. Ketuk pale mak nye skali. Padahal vit c melambak ada kat dapur. Ehhhh mak nye yg makan tau. Jangan baby pulak! Haha kang ada yg ingat saya bagi Vit C Shaklee yg besar gedabak tu kat baby pulakkk. Mak la makan. Then breastfeed baby :)

2. Sapu kunyit kat batang hidung




Dulu2 pernah je buat kat Amani ngan Amanda. Alhamdulillah kejap je kering hidungnya. Paling senang kot nak buat ni. Ambik kunyit, tenyeh kat lesung. Airnya tu sapu kat batang hidung baby. Nampak dah kering, sapu lagi. Hidung anak kuning je pun takpela. Comel ape haha

3. Minyak bawang putih



Bakar bawang putih dengan kulitnya sekali. Lenyek2 dlm minyak masak. Sapu kat dada ngan belakang anak. Tadi buat untuk Yaya, sapu dekat Amanda sekali. Dia pon batuk jugak tapi tak selsema. Harapnya kurang sikit la batuknya. 

So setakat ni, 3 cara tu dulu saya cuba. Lepas ni nak try lain2 pulak. Mcm pakaikan stokin letak bawang tu, kena buat malam. Kalau buat sekarang memang tercabut abis la stokin tu dia tarik. Kalau tak okay gak, nanti nak buat steaming n tepuk percussion pulak. Yang tu agak seram nak buat. Tapi tengok orang buat, keluar semua hingus ngan kahak baby. Memang bagus sangat!

Ok nanti saya update balik jadi ke tidak cara2 yg dah buat tadi. InsyaAllah kalau sempat update hehe


Budak yang dah tertidur masa Mama sapu minyak bawang putih. Best kott??


Sawang tahap rumah hantu

Hahahahahahahhaaha nak gelak dulu. Siap pakej hihihihihihihi mengilai. Baru kena ngan tema rumah hantu!

Assalamualaikum semua (pas mengilai tiba2 bagi salam plak)

Dahsattt ooo bersawang blog ni. Rasa nak nyanyi je lagu "hidup segan mati tak mahu". (Ok tahu lirik dia takat tu je 😝) apesal tah tetiba rasa nak berblog pulak malam ni. Sebab terpikir nak buat blog utk HK tadi. Tapi kemalasan takut hangat2 chicken shit. So meh kita try update yg dah ada ni dulu :)

Oh ye.. HK tu bukan Hong Kong okayyy. Tapi Hatinie's Kitchen. Nanti kita story2 naaa..

Ok laa, mak anak 3 ni nak tido dah. Tiga2 anak demam. Dengan mak2 skali rasa nak demam. Sebelum melelapkan mata, tempek gamba latest kot2 ada yg rindu.. Ahaaa rindu keee?? Blog pon takde sape baca haha


Tak laaa latest sangat. Gambar raya. Syawal pon dah abis so agak basi la gambarnya hehe. Tapi takpe. Sendiri tulis sendiri up gamba sendiri baca. So suka hati i la kann hahaha

Okies. Kita tengok lepas entry ni bape lama plak akan ada entry baru. Silap2 2016 plak. Tak pon tiba2 dah jadi mak anak 4. Haha gituuuu

Nite uolss. Mmuaahh 😘