Monday, October 22, 2012

Yang terbaik untuk anak tersayang!


Assalamualaikum,

Now dah baring, siap2 nak tido. Malam ni tidur awal la pulak kanak2 itu. Encik sepol pon takde. So i pon nak tidur awal jugak la. Tapi bila dah biasa tidur lambat ni, macam payah pulak mata nak pejam.

Since mata takmau pejam lagi, so marilah kita bercerita. Ni aku nak share sikit pengalaman aku sepanjang ambik ESP. ESP ni stands for energizing soy protein. Aku dah ambil ESP ni lebih kurang 2 bulan. Baru jek lagi.

Aku mula berminat nak ambik ESP ni lepas baca testimonial positif dari kawan2 yang memang consume produk2 shaklee ni. Memang menarik tertarik habis la kan. Lagi2 bila diorang bercerita macam mana produk shaklee ni membantu perjalanan penyusuan susu ibu diorang. Since aku pon memang full breastfeed mom, so anything yang berkaitan nak menjayakan penyusuan susu ibu ni aku suka sangat baca.

Dalam masa yg sama pulak, memang tercari cari suplement utk diri sendiri. Yelah, menguruskan 2 budak kecik ni memang memerlukan tenaga yg super extra. Tapi kadang2 makan pon tak sempat kan.. So mana nak datang tenaga tu. Pastu nak breastfeed Amanda lagi. Badan perlukan khasiat yg cukup untuk produce susu. Kalau tak cukup, macam mana nak ada susu. So memang kena sangat dah tu keputusan nak ambik ESP.

Untuk permulaan, aku ambik ESP dan ostematrix je. (Ostematrix tu utk kalsium magnesium semua tu la. Takpe next time aku cerita psl tu pulak). Untuk Amani pulak aku ambik Mealshakes sebab dia memang kurang selera makan. Pasal mealshake pon insyaAllah aku akan kongsi jugak next time :)

So far memang best dan berpuas hati sangat la dengan suplement2 yg diambik tu. Sampai tertarik untuk ambik yang lain2 lagi. Lagi2 ESP tu. Boleh rasa kesan2 positif walaupun baru seminggu ambik.

Bila minum ESP, perut cepat rasa kenyang. Ambik time pagi tu, terlambat lunch sampai pukul 3,4 petang pon takde hal. Yelah dok uruskan lunch budak berdua ni dulu. Dua2 nk disuap. Suap pulak menu asing2. Adik bubur, kakak nasik. Kalau suap dua2 sekaligus jimat la sikit masa kan. Kakak pulak makan sangatlah main2. Sejam pon tak siap suap lagi tau. Nanti kang dah comot makan, dua2 nak mandi pulak. Pastu lepas mandi, nak tidurkan adik pulak. Pukul berapa dah tu kan.. Pastu nak zuhur dulu. Makan pon memang lambat la jadinya. Tapi kalau ambik ESP ni, insyaAllah boleh bertahan la. Memang rasa kenyang je.


Favourite drink setiap pagi dan sebelum tidur - ESP + Milo :D

Pastu in term of susu pulak, memang banyak sangat susu. Seriously, melimpah2 rezeki Amanda. Alhamdulillah. Aku start ambik ESP time Amanda dah 7 bulan. Kiranya dia dah start solid food la masa tu. Bila dah start makan, makin kurang la dia menyusu kan.. So bila kurang demand, supply pon kurang la. (agaknye lah. basic breastfeeding concept, supply vs demand). So agak risau jugak la bila rasa susu makin berkurang. Walaupun Amanda dah makan, tapi dia still perlu menyusu. Pastu bila susu makin kurang, mula lah dia meragam macam tak puas minum. Malam2 pon asyiklah bangun2 banyak kali.

Bila dah lepas ambik ESP ni, memang terasa beza sangat. Susu terlebih2 banyak. Dalam pantang pon tak pernah la banyak cam gini. Aku ni bukan jenis yang banyak susu sangat. Bengkak susu pon tak pernah rasa. Tapi lepas consume ESP, alhamdulillah susu makin banyak. Breast pon rasa cepat je penuh. Amanda pon menyusu kejap je dah kenyang. Malam pon kadang2 straight tidur sampai pagi. Best kan :)


Aisya Amanda, 9 months old ++. Masih lagi dapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah..

Sebab tu la sekarang aku nak berkongsi kebaikan2 yg aku dah dapat ni dengan orang lain. Biar orang lain lak dapat merasainya :)

Eh tadi cam nak share sikit je. Tapi dah panjang lebar pulak. Kalau dah start payah nak stop hihi. Excited nak berkongsi cerita best kan

Banyak lagi manfaat yg boleh dapat dari ESP ni. Kalau search pasal testimonial ESP shaklee, macam2 cerita ada. Bukan utk ibu menyusu je. Utk macam2. Ada yg kulit bertambah halus, parut berkurangan, bertambah slim. Macam macam lagi lah. Aku baru 2 bulan amalkan. Nak cerita lebih2 pon tak dapat lagi. Nanti kalau ada kesan positif lain, aku share lagi ye.

Oh, lagi cerita best, bulan ni ESP promo. Memang murah sangat harga boleh dapat. Memang terbaik lah. Harus buat stok terus ni. Bukan selalu ada promo kan :)

Kalau ada yang berminat, bolehlah contact aku ye. Nak tanya2 apa2 pon boleh. Sms / whatsapp je 019-6544787. Or boleh contact tru FB. (Zuhaira Mohd). Kalau nak COD pon boleh. Area Gemas & Segamat ye..

Ok lah time to sleep. Goodnite semua. Assalamualaikum :D

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, October 16, 2012

"kak pak we"

Tadi time nak tidurkan amanda, amani datang tepuk2 peha aku.

Amani : ma, kak pak we..
Mama : hahhh??
Amani : kak pak weeeee (beriya2 tunjuk2)

Uhhh tak paham. So aku tengok la pa yg dia dok tunjuk2 tu. Rupa rupanyaaa...








Ohhhhhhh... KAKAK LIPAT TOWELLLL!!!!


Haha makin macam2 dia nak cakap skang tau. Kadang2 langsung tak paham and takleh nk tangkap dia nak cakap apa. Kena soh dia tunjuk or buat gaya gaya sikit. Eheh tah pape la mamanye ni kan..

Eh tapi kagum lak aku tengok dia lipat towel tu. Tu yang terus snap tu. Aku bukak tengok lipatan kat dalam pon sekemas kemasnya ok. Simetri. Bukan main gulung gulung bergumpal je kat dalam tu. Cantik sangat2 untuk budak yg baru umur 2 taun. Aku time darjah 2 pon belum tentu lipat secantik tu. Haha

Aku rasa ni confirm ikut tangan papa dia ni. Jenis kemas. Ada seni. Tulisan pon cantik kemas. Tulisan aku?? Ya ampunn.. Pitammm!!! Hahahahhahha.. Tapi serius tauuu.. Encik sepol ni kalau lipat baju memang jauhhh lagi cantik dari aku lipat. Huahua malu jek. So harap2 anak2 biarla ikut dia tang tu. Senangg.. Dah besar sikit budak berdua ni nanti, soh dorang je lipat baju. Boleh gitu?? Haha


Muka penat selepas melipat SEHELAI towel. Ngengengeh
Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 15, 2012

Apa masalahnye??

Tadi aku tengok balik post yg before this. Aku rasa cam gambar dia tak sama plak macam before upload. Mcm kureng sket. Tak tau lah sebab aku buat watermark ke, or sebab upload pakai blogger android ni. So mari kita test tgk.

Campur campur gambar ori ngan gamba letak watermark. Cam biase la, gambar basi tahap muzium dah. Hehe

* ada gambar yg suka suki rotate sendiri pulakkk. Ishh tak paham betoi laa. Ape2 jela labuuu






Sunday, October 14, 2012

Muka ada sunyummm :)

Dok belek gambar2 lama ada dlm phone ni. Nampak ada gambar si kakak ni. Dah lame sgt ni rasenye. 5 bulan lepas kot. Haha. Tapi saje nak upload gak. Kenapa?? Sebab muka kakak amani kite ni senyum sangat suwittt. Hihi. Bukan senang tau nak ambik gambar dia skang. Lagi2 gambar senyum. So patut kot diabadikan dalam blog ni. Gituuuu

Ok itu aje. Entry tak bermotif. Haha. Taktaula bila akan datang aura rajin mengupdate blog balik. Hopefully someday. Till then, daaaaaa ~