Wednesday, November 18, 2015

Day 3/290 - My Moms Chicken Rice @ Aeon Big Wangsa Maju

Hari Rabu. 
Balik dari ambik Amani sekolah, customer call tanya boleh tak COD Ellfie sekarang? I was like.. Err sekarang? Now? 
Dah la baru je masuk rumah time tu. Haha nasib baik dekat Petronas Setiawangsa je. Ok la tempat dah biasa. 
Kalau luar dari biasa malas gak nak layan. 

Actually ada satu lagi order dah janji nak COD pukul 330pm kat Wangsa Maju. Ok la sekali jalan. 
Whatsapp customer tu mintak awal sikit tapi dia kat luar pulak. 
Masa settle yg kat Petronas tu baru 140pm kot. Lamanya nak tunggu 330pm. 
Nak balik dulu malas pulak keluar banyak kali. 
So jom la anak2 kita jalan2 kat Aeon Big sat..

Masuk sana niat nak jalan2 je
Kill the time kekdahnya
Masuk Pets World ke ape tah namanya
Tepi je pintu masuk dan Popular Bookstore tu
Melayan bebudak tengok kucing la hamster la rabbit bird ape lagi ntah
Lepas tu masuk Guardian
Terbeli pulak minyak Kangaroo ke ape tu
Macam minyak kayu putih gak
Padahal dah ada dah minyak kayu putih Cajuput Oil tu kat rumah
Aritu pon dah beli Tropika punya Herbal Cream
Terpengaruh testimoni kawan2 kat group whatsapp la ni hehe
Dorang kata bagus. Try jela
Risau malam2 Yaya mesti batuk sampai muntah
Selsema dan kahak cam tak abis2


Ni haa minyaknya. Dalam RM8 kot utk 28ml


Yg ni beli aritu. RM39. Pun sapu jugak
Blasah je sapu semua
Jangan terlebih panas pulak anak Mama ni dah la huhu

Pusing2 nampak pulak My Moms Chicken Rice. Aiseh teringin la pulak nak rasa
Lagipun kesian anak2 tak sempat makan pon tadi. Dah masak pon kat rumah nak makan je tak sempat
Was was gak nak masuk mula2
Sebab si Yaya ni memang mencabar sikit nak handle
Kalau Papa ada takpela boleh makan gilir2
Takpela belasah jela nampak dalam tu pon lengang je
Dah lepas lunch hour
Kalau lintang pukang pon takla segan sangat haha




Cantik dan selesa. Baru lagi bukak lepas Aeon Big renovate


Nampak tak huru hara budak kecik tu hehe



Semangat budak 2 org ni makan. Licin semua :)
Sedap + lapar kot 
Gambar food yang tgh cantik masa sampai takde
Sebab laju je budak kecik tu nak capai kannn hehe


Dia pon join makan sekali. Nak suap taknak. Cekau2 gak sendiri. Pastu sapu atas pale
Sabor jelah
Ngan kaki pon naik atas meja
Oh Aisya Amalia ! Kalah boy tau !


Takleh nak duduk diam hehe
Geram je Mama ngan awak ni tauuu
Rasa nak gigit2.. Comel ! :D

Ok tu je nak cerita. Review food? Erm ok la kot. Boleh tahan sedap. Cuma tak la wow sangat sampai termimpi2
Dan dengan harga tu lebih baik makan nasik ayam biasa yg jual kedai2 biasa kot
Cuma kalau nak santai selesa2 bolehla makan sini
Staff baik dan mesra
Overall puas hati
Yang lagi best, takde service charge pun. GST pon takde!
Biasa kalau dine in service charge 10% kan? Padahal tak service ape sangat pun
GST sah2 6%. Dah 16% kat situ je
Tapi kat sini tak kena pulak
Bagus kan??


Takde pun kan? Ke cashier salah key in? Haha taktau la

Ni yg makan kat sushi aritu


Nampak? RM11++ bayor kat situ aje!

Dah itu aje nak cerita. Aktiviti anak beranak time Papa takde. 
Aihh baru 3 hari. Lagi 287 hari to go. Rindunya.. Rasa kosong aje :(

Okla nanti rajin update lagi. Daaa ~

Monday, November 16, 2015

Day 1/290 - Goodbye Papa !

Cerita semalam. 

Bermulanya journey 290 hari kami tanpa yg tersayang di sisi T_T

Flight Papa ke US pukul 11.59pm 15 Nov. Korean air. Transit di Incheon, Seoul then naik Delta Airlines pula ke Detroit. Pastu tukar pulak flight lain utk ke San Antonio. Total lebih kurang 29 hours termasuk transit. By now 11.22pm 16 Nov Papa belum sampai Detroit pon lagi..

Takleh nak cite panjang2. Sedih sedih sedih ! Jom layan gambar la..


Gerak dari rumah after Maghrib. Sampai KLIA lebih kurang pukul 9. Anak anak excited sampai airport. Tahu Papa nak gi US lama. Tapi masih kecik kot nak pahamkan 10 bulan tu lama mana :( 
Tu yang seronok je semua

Thanks Mak Ayah datang hantar sekali. Abang Har saya n wife dia, Kak Zie pon ada datang airport sekali


Beramai-ramai kat counter check in macam nak ikut sekali je


Muka seronok je Aisya Amani macam dia pulak yg nak fly! Setakat baru sehari ni memang budak2 ni cam biasa je lagi. Tak terasa lagi kot. Confirm nak dekat seminggu nanti mula la dua2 tu duk tanya bila Papa nak balik :(


Flight Papa 11.59pm


Aisya Amanda. Budak yang paling manja dengan Papa. Nak tidur ngan Papa. Kluar berjalan mesti pegang tangan Papa. Kalau makan nak duduk sebelah Papa. Semua Papa Papa Papa. Tapi time ni langsung taknak ambik gambar ngan Papa :(


Aisya Amalia. Papa pergi dia baru nak bertatih. InsyaAllah Papa balik nanti dia dah berlari..


Cuba untuk senyum tapi dalam hati menangisss huuuu


Our small family. Time to say goodbye :'(




InsyaAllah see u soon in 10 months sayang. May Allah ease everything for us. Aaminn ~

Sape nak hadiah RM1500???

Hello!

Good news untuk semua pengguna dan bakal pengguna Ellfie Essence/Ellfie Gold Serum. 

HQ Ellfie Beauty ada buat contest dari 16-30 Nov 2015. Hadiah yg sangat2 wow! RM1500 cash uolss. Jom la ramai2 join contest ni ok?



Syarat peraduan:

1. Memegang produk Ellfie Beauty.

2. Nyatakan perubahan kepada kulit wajah anda selepas menggunakan Ellfie.

3. Video anda mestilah kreatif untuk dipilih sebagai pemenang.

4. Share video kreatif anda di instagram atau facebook dengan hashtag #iloveellfie 

5. Terbuka kepada semua pengguna produk Ellfie Beauty (Ellfie Essence atau Ellfie Gold Serum atau kedua-duanya sekali)

6. Pihak Ellfie berhak untuk menggunakan video-video penyertaan tersebut di rangkaian media sosial kami.

7. Setiap penyertaan akan mendapat hadiah Saguhati dari pihak Ellfie.

8. Hanya seorang pemenang akan dipilih untuk memenangi wang tunai RM1,500.

Peraduan berlangsung dari 16 November - 30 November 2015.

Upload video kat IG or FB dan JANGAN LUPA HASHTAG #iloveellfie okay!

Good luck! :)