Wednesday, November 18, 2015

Day 3/290 - My Moms Chicken Rice @ Aeon Big Wangsa Maju

Hari Rabu. 
Balik dari ambik Amani sekolah, customer call tanya boleh tak COD Ellfie sekarang? I was like.. Err sekarang? Now? 
Dah la baru je masuk rumah time tu. Haha nasib baik dekat Petronas Setiawangsa je. Ok la tempat dah biasa. 
Kalau luar dari biasa malas gak nak layan. 

Actually ada satu lagi order dah janji nak COD pukul 330pm kat Wangsa Maju. Ok la sekali jalan. 
Whatsapp customer tu mintak awal sikit tapi dia kat luar pulak. 
Masa settle yg kat Petronas tu baru 140pm kot. Lamanya nak tunggu 330pm. 
Nak balik dulu malas pulak keluar banyak kali. 
So jom la anak2 kita jalan2 kat Aeon Big sat..

Masuk sana niat nak jalan2 je
Kill the time kekdahnya
Masuk Pets World ke ape tah namanya
Tepi je pintu masuk dan Popular Bookstore tu
Melayan bebudak tengok kucing la hamster la rabbit bird ape lagi ntah
Lepas tu masuk Guardian
Terbeli pulak minyak Kangaroo ke ape tu
Macam minyak kayu putih gak
Padahal dah ada dah minyak kayu putih Cajuput Oil tu kat rumah
Aritu pon dah beli Tropika punya Herbal Cream
Terpengaruh testimoni kawan2 kat group whatsapp la ni hehe
Dorang kata bagus. Try jela
Risau malam2 Yaya mesti batuk sampai muntah
Selsema dan kahak cam tak abis2


Ni haa minyaknya. Dalam RM8 kot utk 28ml


Yg ni beli aritu. RM39. Pun sapu jugak
Blasah je sapu semua
Jangan terlebih panas pulak anak Mama ni dah la huhu

Pusing2 nampak pulak My Moms Chicken Rice. Aiseh teringin la pulak nak rasa
Lagipun kesian anak2 tak sempat makan pon tadi. Dah masak pon kat rumah nak makan je tak sempat
Was was gak nak masuk mula2
Sebab si Yaya ni memang mencabar sikit nak handle
Kalau Papa ada takpela boleh makan gilir2
Takpela belasah jela nampak dalam tu pon lengang je
Dah lepas lunch hour
Kalau lintang pukang pon takla segan sangat haha




Cantik dan selesa. Baru lagi bukak lepas Aeon Big renovate


Nampak tak huru hara budak kecik tu hehe



Semangat budak 2 org ni makan. Licin semua :)
Sedap + lapar kot 
Gambar food yang tgh cantik masa sampai takde
Sebab laju je budak kecik tu nak capai kannn hehe


Dia pon join makan sekali. Nak suap taknak. Cekau2 gak sendiri. Pastu sapu atas pale
Sabor jelah
Ngan kaki pon naik atas meja
Oh Aisya Amalia ! Kalah boy tau !


Takleh nak duduk diam hehe
Geram je Mama ngan awak ni tauuu
Rasa nak gigit2.. Comel ! :D

Ok tu je nak cerita. Review food? Erm ok la kot. Boleh tahan sedap. Cuma tak la wow sangat sampai termimpi2
Dan dengan harga tu lebih baik makan nasik ayam biasa yg jual kedai2 biasa kot
Cuma kalau nak santai selesa2 bolehla makan sini
Staff baik dan mesra
Overall puas hati
Yang lagi best, takde service charge pun. GST pon takde!
Biasa kalau dine in service charge 10% kan? Padahal tak service ape sangat pun
GST sah2 6%. Dah 16% kat situ je
Tapi kat sini tak kena pulak
Bagus kan??


Takde pun kan? Ke cashier salah key in? Haha taktau la

Ni yg makan kat sushi aritu


Nampak? RM11++ bayor kat situ aje!

Dah itu aje nak cerita. Aktiviti anak beranak time Papa takde. 
Aihh baru 3 hari. Lagi 287 hari to go. Rindunya.. Rasa kosong aje :(

Okla nanti rajin update lagi. Daaa ~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)